So... Kite sambung cerita seminggu sebelum majlis tunang aku... Isnin tu aku off... Majlis hari sabtu... Time tu dh nak habis cuti sekolah. Hari rabu tu tiba2 badan aku seram sejuk. Masuk je keje pagi, dlm pukul 10 lebih aku balik sebab dah menggigil2, sampai kejang kaki. Sampai rumah aku terus tidur. Adik bradik aku semua dah ade kat rumah utk majlis aku nnt. Ptg tu mak bawa aku berubat sbb kaki aku dah keras (kejang). Aku pun dh jarang wassap2 dgn 'bakal' tunang. Mungkin sibuk...
Sehari sebelum majlis (jumaat) aku tidur lewat skit, ngemas bilik, tukar cadar, tukar langsir dan siapkan semua barang hantaran. Malam tu pula 3x blackout! Bergelap la bt keje... Gara2 peti ais! Suis problem... Siap je semua kerja, aku ajak anak jiran sebelah g minum sbb dia rajin menolong aku kehulu ke hilir cari barang. Tgh2 minum tu aku wassap, tanya dia buat apa. Dia balas, tido. aku just bgtau yg aku kluar minum. pukul 2 baru balik. Terus tido. Letih... Esok kena bangun awal... Byk lagi x settle.
Lepas subuh je aku terus bangun siap2, (buka beg duit) majlis aku tu habis dalam RM200, sebab kampung x payah belanje kenduri besar2. Hantaran lain, x masuk dlm kos tu. Nasib baik aku dah bayar duit kek dengan hiasan org yg gubah htran tu. X de lah pening sgt. Siap2 nak g ambik kek, pastu g cari mask tuk bg muke nampak fresh skit! Cuma part baju dengan makeup... Erm... Itulah masalah yg aku kena handle sorg2 dan kena pikir utk menjaga hati semua org... Aku tgk muke aku kat cermin, nak buat facial pun x boleh dah ni, muke naik jerawat byk sgt. Aku wassap encik tunang, bgtau pasal baju tunang yg terpaksa ditukar last minutes. Encik tunang pula mcm x ambik kesah je... Sbnrnya timbul ketidak puasan hati. Baju aku tu jarang... Warna puteh susu, tudung cream, makeup mmg tebal. Sebulan sebelum majlis aku dh tempah baju kuning air plain dkt mak ngah, kain songket, tp tudung x de... So aku minta pendapat adik bradik n ipar aku. Last2 dorg kata baju aku tu x sesuai langsung. Sedeynye.... Aku beli kain songket tu dari tahun 2006, gaji 1st aku mula2 keje... Tak dpt pakai... Sampai adik bradik aku x nak cakap dgn aku bila aku kata nak pakai simple2 je.
Aku wassap bgtau encik tunang, encik tunang mcm x ambik port, jadi aku ikut je la ape yg dorg buat dgn aku. Makeup mmg kena tebal skit sbb nak tutup jerawat aku tu. Baju... Tudung pula stail hanatajima... Ipar aku siap buatkan manik2 utk letak tepi kepala aku. Cantek!!! Aku suke part manik2 tu.
Selesai sarung cincin semua, sorg2 datang ambik gambar, siap ade yg terkejut sbb aku ni bkn jenis kecoh2 nak tunjuk sape yg ade dlm hati. "hantaran hang berapa? Berapa tahun hang bercinta? Senyap2 je ekkk! " Senang je aku jawab "kami x bercinta pun, hantaran pun x tau berapa, semua atas dia" hah! Semua terlopong mulut dgr. Siap kena sakat lagi, demam nak tukar status tunangan orang. Dorg suh aku keluar... Semua kata aku nampak lain, sebab aku mmg x pernah makeup. Tu la seri namanya (perasan! Hihihi!!!) Aku tanya, cantek ke? Dorg semua ckp cantek! Mak datang kat aku, "tunang kamu ade skali, dekat chalet, tp mak ayah dia x bagi ikut" nak terkeluar biji mata aku dgr! Sesedap manggis je dia dtg x bgtau aku. Pastu buat macam x bersalah! Huh! Rupanya nak ke perlis sbb tok dia x sihat...
Selesai lah majlis tunang aku... Tp beberapa hari lps tu dia mcm kurang contact aku... Aku pelik... Kenapa agaknya... :(
Sent from my BlackBerry® smartphone from DiGi. How about yours? http://www.digi.com.my/bbservices/mobile/index.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan